LittleKittle Seminar


Senyuman Yang Takkan Hilang

Karya MamaFiza pada September 14, 2011 

Salam sejahtera dan salam ceria buat teman-teman berbudi luhur yang saya sanjungi ๐Ÿ˜‰

Moga sinar Aidilfitri memberikan nafas baru buat kita semua setelah bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak dimanfaatkan dengan sebaiknya, Insya-Allah. Amin ^____^

Ya Tuhan, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak dapat mengemaskini laman blog ini -_- (*maafkan saya!*).

Jadual harian saya amat padat dengan urusan tugasan luar dan rutin persekolahan di rumah buat anakanda saya bagi tahun 2011 ini, sehingga tidak menang tangan untuk menyelesaikannya >w<.

Alhamdulillah, terlalu banyak perkara dan berita baikย (berganda-ganda) yang telah dikurniakan Ilahi buat keluarga saya pada tahun ini *tangisan kesyukuran* ๐Ÿ˜€

Jutaan terima kasih atas doa suci dan kasih sayangmu, teman-teman yang baik hati. Moga Tuhan sentiasa membalas yang terbaik buat kalian yang saya kasihi, Amin~

Kelibat bulan purnama yang sungguh cantik telah berjaya mencuri perhatian saya sewaktu di dalam salah satu sesi perjalanan kelana kerja.
Allahu Akbar, indahnya ciptaan Yang Maha Esa!!!

Saya juga mohon ribuan maafย kerana tidak dapat membalas email yang diutuskan oleh teman-teman jelitawan secara peribadi disebabkan perihal diatas. Namun, ingatan dan jasa baik kalian tidak akan saya lupakan. Doa saya pasti buatmu, Amin ^O^

Cetakan kedua buku Hidangan Si Cilik akan terbit di pasaran dengan segera (sebelum November tahun ini, Insya-Allah). Jika terdapat sebarang kemusykilan, mohon bertanya pada Tuan Amir Hamzah di email littlekittlestore@gmail.com . Terima kasih ^-^

Di dalam kesibukkan mencari rezeki dan menyediakan menu sihat harian untuk famili, saya juga sempat “bertukang” selama 1-2 jam sehari bagi menyiapkan bilik belajar si manja sebelum bulan Ramadhan menjelma. Alhamdulillah ^_-
p/s: sudah 3 tahun bilik ini tidak di cat semula.

Insya-Allah, kita bertemu lagi di masa hadapan.

Mohon jaga kesihatanmu dengan baik, teman-teman *pelukan rindu*!

Teruskan usahamu dengan senyuman ๐Ÿ˜‰

 

 

 

 

LittleKittle Seminar


Diari Masakan 012 – Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Karya MamaFiza pada May 23, 2011 

Hari yang indah ini dimulakan dengan kalimah suci Bismillahir-Rahmanir-Rahim ๐Ÿ˜‰

Salam hormat buat teman-teman anggun yang disegani. Semoga setiap saatmu dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat-Nya . Amin~

Nukilan entri pada kali ini adalah berkisar tentang hidangan “kerang rebus“.

Selain menu kerang bakar, puteri cilik kami: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan serta saya, amat menggemari masakan kerang rebus.

Alhamdulillah, kami telah banyak mencuba resipi malah “bereksperimen” dengan kumpulan moluska dwicangkerang yang enak ini. *gaya sesi bersuka-ria!* ^O^

Oh, ya. Apakah pula cara yang sesuai untuk membersihkan kerang?

Kami selalu melakukan rutin di bawah sebelum merebus atau memasak kerang sebagai santapan keluarga:

 

Kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan isu keracunan makanan >w<

 

 

Tajuk Menu: Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Upacara merebus kerang! Heeee ^_____^

 

 

Tumis bersama minyak zaitun tulen, hirisan bawang Holland, cili api/cili padi, cili merah dan cili hijau, halia, serai dan sedikit stok rebusan ikan supaya rasa isi kerang menjadi lebih harum, sedap dan menyelerakan. Amboi, sungguh menggiurkan! ๐Ÿ˜€

 

 

Sejurus selepas kerang direbus, jangan lupa untuk menggaul bahan masakan hingga sebati.

 

 

Bagaimanakah pula kaedah yang digunakan oleh para jelitawan sekalian untuk membersihkan kerang sebelum dimasak? Mari kongsikan bersama ๐Ÿ˜‰

Teruskan usaha murni kalian untuk memberikan cita rasa terbaik buat famili tercinta. Selamat maju jaya! *peluk*

LittleKittle Seminar


Diari Masakan 011 – Sambal Udang, Sambal Sotong

Karya MamaFiza pada May 21, 2011 

Dengan nama Tuhan Yang Maha Agung, Bismillahir-Rahmanir-Rahim ๐Ÿ˜‰

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati harimu, teman yang budiman. Amin~

Ayuh kita bercerita perihal masakan sambal di hari minggu ini.

*Menaip di papan kekunci sambil terkenang keenakkan sambal ikan keli masakan nenda tersayang! -_-*

Bagaimanakah cara penyediaan bahan tumisan sambal yang enak?

Jujurnya, jangan sesekali berputus asa jika hasil masakan pertama kali tidak menjadi kerana selalunya semakin rajin mencuba pasti akan memberikan hasil yang lebih sedap. Saya juga masih gigih belajar untuk menambah lagi kelazatan menu kegemaran ini ^_-

 

Tajuk Menu: Sambal Udang

Sambal Udang (Pedas + Manis) bersama Cucur Bilis ^O^

 

Tajuk Menu: Sambal Sotong

Sambal Sotong (Pedas + Manis)

 

Nasi Lemak Sambal Sotong (Pedas) + Ayam Goreng Garing Berempah

p/s: perhatikan warna sambal yang berbeza, merah gelap untuk sambal pedas dan manis manakala warna merah menyala bagi sambal tumis pedas >w<

 

Apa pula rahsia masakan sambal tumis famili anda? Jika tidak keberatan, boleh kongsikan bersama ๐Ÿ˜€

Buat para pembaca yang dikasihi, selamat menjamu selera bersama keluarga tercinta Jaga diri dengan baik, ya! *peluk*

LittleKittle Seminar


Diari Masakan 010 – Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Tenggiri

Karya MamaFiza pada May 17, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim, mari ikuti sambungan edisi entri kali ini yang masih berkaitan dengan hasil masakan tradisional bertemakanย ikan.

Adakah para pembaca yang disegani gemar akan masakan “asam pedas“?

Menu ini sangat terkenal dan popular di negeri Melaka dan Johor ๐Ÿ˜‰

 

Tajuk Menu: Asam Pedas Ikan Pari

Potongan nenas segar berbentuk kiub digunakan di dalam resipi di atas sebagai penambah rasa~

 

Tajuk Menu:ย Asam Pedas Ikan Tenggiri

Hidangan lengkap bersama sayuran campur, cendawan dan isi ketam, tauhu goreng dan juga ayam panggang berempah >O<

 

Rumusan:

Alhamdulillah, resepi asam pedas yang digemari oleh keluarga saya ialah hidangan yang “benar-benar” pedas. Jika si cilik ingin mencuba masakan ini, pastikan masakan disediakan tidak terlalu pedas kerana dikhuatiri akan menganggu sistem penghadaman si kecil.

 

Cadangan Masakan: Antara bahan lain yang sesuai untuk dimasak bersama asam pedas selain daripada daun kesum dan tomato, adalah bunga kantan dan bendi.

 

Ayuh, pelbagaikan gaya memasak khas buat keluargamu bonda ayu, agar setiap ahli famili semakin gemar untuk menikmati hidangan masakan di rumah ๐Ÿ˜€

Moga Tuhan sentiasa mempermudahkan urusan harian kalian, Amin~ *peluk!*


Teruskan membaca . . . »