Gerak Badan Hula Hoop?

Karya MamaFiza pada June 3, 2010 

Salam ceria buat para pembaca yang amat disenangi 😉

Moga hidupmu sentiasa dirahmati dan diberkati-Nya, Amin~

Sedikit kemaskini untuk hari ini (ya, artikel ini juga diterbitkan secara automatik kerana saya masih bertugas diluar kawasan bersama keluarga tersayang ^-^).

Saya sering bersyukur kehadrat Ilahi dan berterima kasih setiap kali menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan pembaca blog serta gembira untuk menjawab pertanyaan berkenaan cara penjagaan kesihatan badan yang tiada rahsia yang perlu diselindungi daripada saya.

Sebaliknya, saya pula bertanya pada mereka, “Cik, mengapa soalan ini ditujukan kepada saya? Saya tidak layak kerana saya sendiri tidak memiliki berat badan ideal sejak dari kecil -_- *tidak berjaya menambah berat badan, ibu saya sangat risau tentang hal ini, kasihan ibu!*

Bersiap sedia untuk bertempur!
Oh, sebenarnya sedang meleraikan simpulan getah berwarna-warni untuk
digunakan bagi merapi rambut si kecil ^O^

Alhamdulillah, saya telah dianugerahi-Nya dengan 4 orang cahaya mata sewaktu berusia 24 tahun, tidak pernah berpantang selepas bersalin, tidak mengambil sebarang makanan tambahan *atau suplemen* selain jadual waktu makan harian yang normal + air mineral + susu soya, penuh iltizam dalam penyusuan ekslusif buat anak-anak, mula mengikuti kelas tarian latin pada tahun 2009, suka bersenam serta bermain setiap hari disamping anak-anak tercinta! 😀

Jangan bimbang, diri anda adalah unik dan setiap individu punyai keperluan berbeza. Sila rujuk pakar nutrisi dan kesihatan anda sebelum memulakan apa jua plan diet.

Ya, masih ingat lagi berkenaan nukilan ini?

Inilah antara aktiviti senaman diluar yang saya lakukan bersama anak-anak: Gerak Badan Hula Hoop.

Saya telah menambah program senaman ini sejak bulan Mac 2010 dan mula berlatih Hula Hoop setelah meninggalkan sesi latihan ini dibangku sekolah. Ya, sudah 13 tahun berundur diri dari melakukannya (kali terakhir di usia 12 tahun!).

Antara cabarannya:
Saya menggunakan Hula Hoop rotan yang bersaiz besar dan tebal *sangat berat!*.

Ini pula cabaran menggunakan Hula Hoop rotan bersaiz kecil dan nipis.
Ya, memang ada perbezaannya untuk latihan bagi pelatih baru dan lama.

p/s: mengapa saya suka membuat tenik mengemam mulut ketika sedang berlatih?
Oh, itu tidak disengajakan. Mungkin untuk menambah fokus dan
menajamkan kemahiran tersembunyi! *heee*

Seronoknya berpusing! >_<
Cara gambar ditangkap membelakangi kamera untuk menyembunyikan
riak wajah keriangan penuh dramatis oleh saya.

Insya-Allah, jika tiada aral dan mempunyai masa terluang, saya akan berkongsi tips cara memulakan senaman ini di blog sekolah dirumah. Saya akan selitkan gambar anak-anak yang telah berjaya mengatasi rintangan bermain Hula Hoop *Alhamdulillah*, contoh video ringkas dari saya, dan pelbagai aksi menarik yang boleh dilakukan dengan menggunakan gelungan rotan Hula Hoop.

Jadi sentiasa berfikiran positif untuk mencuba sesuatu yang baru asalkan matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan anda dan keluarga. Pastikan ianya selamat dan tiada kesan sampingan! ~ MamaFiza

Nah, jangan tunggu lagi, mari mulakan gaya hidup sihat 😉

Selamat berjaya!

p/s: Apa pula antara senarai aktiviti riadah kegemaran keluarga anda? Ayuh, kongsikan bersama ^-^ Terima kasih! *peluk*

Kotak Komentar

  1. […] yang telah dijanjikan pada mereka, mama berjanji untuk menghias gelungan rotan Hula Hoop si comel jika si kecil berjaya mengatasi cabaran permainan […]

  2. […] setiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan seharian. Cergas dan gembira, […]

  3. […] fact, exercise can be a great activity to vote as your favorite’s family time, yet things that you love the […]

  4. Ifah says:

    hi fiza,
    saya dh lama cari gelung rotan tu. ingin tahu di mana fiza beli? tq in advance =)

  5. aishah says:

    hi fiza, nk tnya mana kita boleh dapatkan gelung rotan yg berat tu ea…coz yg jual dipasaraya plastik dan ringan. TQ

Apa Pendapat Anda?