Petua Masakan Sayuran Penambat Hati Keluarga

Karya MamaFiza pada June 9, 2010 

Pernahkah para pembaca yang dikasihi menghadapi kesukaran dalam mendidik anak kecil agar gemar makan sayuran terutama sayuran berwarna hijau?

Apakah reaksi si comel anda apabila disuapkan hidangan ini?

Adakah anak anda akan menjerit keriangan *ini adalah tindakbalas anak saya apabila terlihat brokoli ^_-*, atau anak anda akan bersembunyi, bermasam muka ataupun menangis setelah dipaksa makan?

Ya, pelbagai ragam si manja yang saya terima berdasarkan maklum balas yang diberikan melalui email πŸ˜‰ Jangan gusar, pasti ada tekniknya untuk mengatasi masalah ini. Insya-Allah.

Salah satu hidangan sarapan pagi kami ^-^

Alhamdulillah, kesemua anak-anak saya amat menggemari sayur-sayuran. Ini adalah disebabkan faktor pengalaman mereka yang pernah hidup di waktu kesusahan suatu ketika dahulu.

p/s: *Cik Puan nelcyndana merupakan insan yang membuatkan saya terharu kerana beliau masih kekal ingat tentang artikel ini di blog sekolah di rumah. Terima kasih Cik yang jelita!*Β  >_<

Sehingga ke hari ini, akan bergenang air mata saya acapkaliΒ  setelah selesai membaca doa makan dan setiap kali menghidangkan makanan, anak-anak tersayang pasti mengambil inisiatif untuk mengingatkan sesama sendiri betapa bersyukurnya mereka kehadrat Illahi dengan masakan yang telah disediakan oleh saya dan dibelikan oleh ayahandanya. Sering mereka bercerita untuk mengimbau kembali saat dugaan tersebut. Alhamdulillah ^__^

Sedikit petua peribadi yang saya ingin kongsikan bersama pada hari ini ialah:

Selamat mencuba dan saya doakan yang terindah buat para pembaca yang baik hati ^-^ *peluk!*

Moga berjaya, ayuh mulakan langkah sihat ini!

Kotak Komentar

  1. Hanz says:

    Mamafiza dearie..just know the existence of this site. Thumb up! Keep up the good work.
    :>

  2. bgus tips nie. dpt encourage bdak2 mkn sayur dr awal πŸ˜‰

  3. MamaFiza says:

    Salam sayang buat Cik Hanz yang anggun πŸ˜‰

    Terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya. Andalah sumber inspirasi terbaik. Teruskan usaha murnimu teman! *peluk!*

    Moga Tuhan sentiasa merahmati dirimu & keluarga. Amin~ >O<

  4. Jo says:

    nak tanya, bawang goreng Holland tu apa? bagaimana membuatnya?

  5. MamaFiza says:

    Salam sejahtera buat Cik Jo πŸ˜‰

    Jutaan terima kasih kerana sudi bertanya. Saya amat menghargainya >_<

    Bawang Holland adalah bawang berwarna kuning, juga dikenali dengan nama bawang Benggala atau bawang Bombay.

    Hanya perlu dikupas kulitnya, dibasuh bersih dan dipotong atau dihiris. Goreng bersama minyak zaitun yang telah dipanaskan diatas kuali πŸ˜€ Mudah sahaja, selamat mencuba ya!

    Kami doakan yang terbaik buat Cik Jo dan keluarga. Amin~

  6. ibu aimanisa says:

    ank saya langsung x mau makan sayur.
    mcm mana nak buat. dah cuba macam2……
    tp x mau mkn juga……
    ada apa2 petua tak

  7. Diana says:

    Aslm mama fiza.. sy baru je melawat blog puan… amat teruja dgn cara puan menghidangkan makanan utk anak dan suami tercinta.. sy da 4 thn kawen mempunyai 2 org ank tp masih x berapa nak pandai masak apatah lagi menyediakan makanan setiap hari utk mereka.. sy hendak belajar dan mengetahui cara puan memasak, bahan2 cth gmbr mcm bawang holland etc sbb x pernah tgk. terima kasih diatas tunjuk ajar mama fiza.. πŸ™‚

  8. MamaFiza says:

    Salam sayang buat bonda ayu: Cik Diana yang berhati mulia πŸ˜€

    Jutaan terima kasih kerana sudi melayari laman web peribadi saya. Moga dapat dimanfaatkan bersama, Insya-Allah.

    Cik Diana, pujian yang terbaik hanyalah untuk Cik kerana tidak kenal erti putus asa dalam mempelajari bidang masakan *tabik hormat!*. Jangan bimbang atau segan kerana saya juga masih menuntut ilmu ini hingga ke saat ini >_< Saya yakin, dengan niat yang tulus pasti kita dapat usahakan yang terbaik buat keluarga tersayang. Amin~ Teruskan usaha sucimu Cik Diana! *peluk~*

    Untuk permulaan pengenalan asas peralatan masakan, bahan masakan dan cara memasak (mengikut urutan gambar), saya cadangkan agar Cik Diana dapatkan salinan buku Hidangan Si Cilik daripada Tim Reseller Buku, kerana terkandung pelbagai info masakan menarik yang sesuai bagi masakan untuk si kecil dan keluarga.

    Selain itu, Cik juga boleh mengikuti sesi “Masak-Masak Bersama Mama Fiza” yang diadakan di butik MamaYayaZone.com ^O^

    Cik Diana dijemput melawat blog ini dari semasa ke semasa untuk kemaskini tip masakan daripada saya πŸ˜‰ Saya mohon ribuan maaf kerana tidak berkesempatan bagi membuat entri masakan secara terperinci di blog disebabkan kekangan jadual masa harian saya yang amat terhad sebagai WAHM. Maafkan saya diatas kesulitan ini -_-

    Saya titipkan doa tulus buat keluarga Cik Diana yang dihormati πŸ˜‰ Moga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati Cik Diana. Ceria dan gembira selalu, ya! Salam perkenalan dan persahabatan~

  9. diana idrus says:

    salam mama fiza… tahniah di atas usaha anda yg cemerlang..
    seorang ibu muda, penuh inspirasi dan ceria …:) πŸ™‚

    tips2 anda sgt berguna, dan sy berhrp dpt sy manfaatkan pada keluarga..insyallah…

    gambatte, dan teruskan usaha…!

Apa Pendapat Anda?