Sesi Kembara Tugasan

Post by MamaFiza on July 30, 2010 

Salam rindu dan salam harmoni buat rakan pembaca yang dihormati lagi dikasihi 😉

Semoga sentiasa sihat dan kekal ceria, Amin~

Pertama sekali izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas ketiadaan kemaskini terbaru untuk beberapa minggu yang lalu disebabkan sesi kelana tugasan yang memerlukan saya memberikan perhatian khusus buat pembelajaran sekolah di rumah untuk si manja serta komitmen penuh untuk klien terhormat.

Bukan sedikit memori indah yang telah ditempuhi sewaktu pemergian lalu, namun tidak sempat untuk melakarnya di sini disebabkan kesuntukan masa. Maaf ya teman comel! >w<

Namun begitu, jutaan terima kasih kerana masih sudi menghantar email, SMS bersama doa kudus yang dititipkan buat saya sekeluarga. Kami amat menghargainya 😀 *tangisan gembira, pelukan bahagia!* Saya akan cuba untuk membalasnya di masa lapang. Andalah kenalan terunggul.

Alhamdulillah, kini saya sedang giat menulis proposal buku keempat untuk pihak PTS yang komited sepanjang masa. Ya, di waktu yang sama saya sedang rancak menyiapkan baki tambahan penulisan untuk buku ketiga. Penerbitan buku pertama telah dilanjutkan tarikhnya disebabkan buku ini merupakan edisi premium (keluaran khas) dan memerlukan lebih masa buat tim editorial PTS Millenia. Insya-Allah, bersama kita nantikannya ^_^

Antara kegiatan menarik yang telah saya lakukan sewaktu kembara kerja luar ini adalah aktiviti membeli-belah untuk semester terakhir sekolah di rumah. Sesi ini telah mendapat kelulusan dan peruntukan 3 kali ganda daripada suami tercinta berbanding kos tahun lalu disebabkan prestasi yang sungguh memberangsangkan. *Yeay, keriangan berganda! Terima kasih sayang ^O^ * Sila tunggu dengan sabar ya episod kemaskini ini 😉

Jutaan terima kasih pada penaja terkini: Cik Pei See yang telah bersusah-payah menghantar 2 bungkusan istimewa yang akan dipaparkan di laman utama LittleKittle.com di awal bulan Ogos 2010 ini. Perasaan yang sangat teruja! >_<

Pertama! ^-^

Kedua! ^___^

Hari Sabtu ini *esok!*, saya akan bertemu dengan peserta seminar Homeschool “Chatter” Moment (II) di hotel 4 bintang yang bertempat di ibu negara. Secara peribadinya, saya akui bahawa saya tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka kerana kali ini merupakan sidang terbaru dan terdapat lebih banyak perkongsian ilmiah yang bakal ditelusuri bersama. Pertanyaan yang paling mencuit hati saya adalah “Mamafiza, apakah tema kod pakaian untuk acara kali ini?“. Begitu bersemangat calon yang akan hadir!

Bagaimana pula dengan perancangan hari minggu anda? Jika tidak keberatan, sila kongsikan bersama 😉

Sila jaga kesihatan diri dan sentiasa tenangkan minda dengan berfikiran positif. Sehingga bertemu kembali, Insya-Allah.

Minggu Penuh Debaran

Post by MamaFiza on July 11, 2010 

Alhamdulillah, semua tugasan dan urusan telah dipermudahkan oleh-Nya 😀

Benar, minggu ini merupakan saat yang penuh bermakna dan debaran buat kami sekeluarga disebabkan jadual yang amat ketat setelah selesai menganjurkan acara ketiga bagi seminar WAHM Workshop.

Selain itu, saya masih berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa bagi tujuan sesi temuramah media yang telah diuruskan oleh Cik Chandra Devi yang peramah serta bervisi nasional dari NST. Terima kasih Cik Devi bersama jurufoto yang rupawan di atas jasa baik terhadap saya dan seisi keluarga.

Jutaan terima kasih pada suami tercinta dan anak-anak manja
yang telah mengikuti sesi fotografi terkini untuk tujuan berikut.

Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf kerana belum mampu membalas komentar peribadi dan email yang diberikan oleh para pembaca yang dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat sokongan dan doamu, sahabat! *peluk* Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk inputnya di masa hadapan.


p/s: kraf origami – rumah comel anak saya >w< Heeeee . . . !

Sungguhpun masa harian begitu terhad, namun jadual riang ria untuk bersama anakanda teristimewa tidak akan diketepikan, Insya-Allah.

Oleh sebab niat murni ini, telah mendapat berita gembira kedua daripada Cik Siti yang anggun dari akhbar Harian Metro. Ribuan terima kasih Cik di atas kepercayaan yang diberikan, saya amat terharu dan teruja! Tunggu ya 😀

Fettuccine Bologne, masakan makan malam untuk famili ^O^

Semoga yang terbaik dan terindah buat anda, pembaca setia yang saya hormati.Amin.

Sehingga bertemu lagi di nukilan terbaru, Insya-Allah 😉

p/s: buat teman pembaca yang ingin mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment pada 31hb Julai 2010, bertempat di hotel 4 bintang: Boulevard Mid Valley, KL, sila layari laman ini untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad. Kod harga promosi: HCM2010. Terima kasih ^__^

Ini merupakan acara tahunan yang menerapkan isu kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, prisip keibubapaan positif serta perkongsian cara, teknik dan kaedah terkini pembelajaran awal yang dapat menggalakkan pembangunan ilmiah yang kritis buat sanubari permata hati.