Koleksi Aksesori Hiasan Rambut

Post by MamaFiza on August 17, 2010 

Perhiasan rambut menjadi himpunan kegemaran anak-anak cilik saya 😉

Walaupun begitu, si manja telah diajar untuk menghargai semua koleksi yang dimiliki agar dapat dikongsi bersama dan digunakan dalam tempoh yang lama.

Penyumbang dana untuk pembelian peralatan ini tentunya daripada peruntukan khas (4 kali setahun) yang telah diberikan oleh suami tercinta agar puteri muda mendapat keperluan sewajarnya tanpa berlakunya pembaziran. *Oh, sangat terharu! Terima kasih sayang!*

Koleksi untuk bulan Julai 2010, milik si nona cilik yang molek 😀 *Alhamdulillah*
Setiap perincian keperluan si manja amat diutamakan oleh ayahanda kesayangan mereka.

Nota: Sewaktu di zaman persekolah, saya sering menggunakan pensel 2B sebagai cucuk sanggul untuk merapikan rambut di bahagian belakang disebabkan kesibukan tugasan sebagai pelajar yang tidak mempunyai masa lapang untuk merias diri di depan cermin, namun kini terujanya saya pabila melihat terdapat cucuk sanggul keluaran terkini yang berbentuk bagai pensel sebenar di kedai aksesori rambut >_<
Tetapi harganya lebih mahal pula daripada sebatang pensel biasa! *hoho*

Anting-anting, cucuk sanggul dan tiara kecil yang baru buat bonda,
koleksi tiara mini dan kerongsang pelbagai warna buat puteri-puteri teristimewa ^O^

Bagaimana pula dengan anakanda putera KiruaMi-cHan?

Putera sulung sedang leka membelek kamera ^___^

Tentunya kehendak si putera berlainan sekali dengan si puteri ^_-

Nantikan kemaskini tersendiri daripada anak teruna kecil di laman web sekolah di rumah.

Sehingga bertemu lagi di terbitan akan datang, Insya-Allah 😉

Cara Mengetahui Ketulenan Kasut adidas

Post by MamaFiza on August 16, 2010 

Kemaskini: 4hb Disember 2010Baru sahaja mendapat maklumbalas daripada pembaca istimewa blog LittleKittle.com , Cik Suzie daripada Rawang, Selangor *terima kasih teman comel ^O^*, berkenan entri ini telah diplagiat oleh Encik SengsarA_DeritA. Harap dapat menjadi iktibar buat kita bersama agar tidak lokek untuk bertanya atau berterima kasih. Hidup biar punyai etika & bermoral. Jutaan terima kasih pada Cik Lin ^_- *peluk!!!*

Nota: Ya, ditaip sebagai adidas (tanda perdagangan rasmi) dan bukannya Adidas 😉

Di pagi yang mulia dan tenang ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan cara mengenal pasti keaslian produk kasut sukan adidas sebelum membuat keputusan rasmi bagi membelinya untuk tujuan beriadah mahupun sebagai sepatu harian menjalani aktiviti yang lasak.

Namun, ingin diingatkan bahawa, walau apa jua kasut sukan yang ingin dipakai, jenama ternama bukanlah faktor utama untuk menyebabkan anda memilih kasut terbabit.

Tetapi perlu dititik beratkan perihal kepentingan keselesaan, ciri keselamatan (contoh: cengkaman tapak kasut) dan kegunaannya (contoh: bermain bola sepak, berlari, mendaki).

Berbeza dengan suami tersayang yang memiliki koleksi kasut adidas bermula daripada usia kecil disebabkan kegiatan ekstrimnya dalam acara tarian hiphop, capoeira, parkour, sukan dakian berbasikal, bola keranjang, bola lisut dan bola sepak, saya merupakan pengguna setia kasut jenama “Power” sejak di alam persekolahan kerana harganya yang amat berpatutan dan tahan lasak 😀

Tahun ini saya tidak dapat lagi mengelat dengan memberikan rentetan alasan tahunan yang sama kepada suami untuk tidak menukar kasut sukan milik saya (Heeee, sungguh degil! Saya berat hati dan enggan menggantikan kasut antik saya).

Pada awal bulan Julai yang lalu, saya dan anak-anak manja telah mendapat hadiah kasut adidas untuk tujuan kegiatan luar daripada beliau.*Alhamdulillah* terima kasih sayangku~

adidas Derby K >O<


Telah merasmikannya pada sesi seminar HCM II (Upgraded) yang lalu ^-^
Jutaan terima kasih buat kekasih hati yang sudi membeli dan membantu menukarkan tali kasut yang baru, seminggu sebelum acara bermula.*T-T terharu!*

Oleh kerana itu, mari kita selidiki bahagian yang perlu diteliti pada kasut adidas sebelum membayar di kaunter pembayaran:

Jika para pembaca yang dihormati mempunyai tambahan maklumat mengenai perkara ini, mohon agar dapat dikongsi bersama ya? >w<

Terima kasih kerana sudi membaca serba-sedikit tips ini, selamat bersukan dengan cergas dan riang. Ayuh! 😀

Ramadhan Bulan Terulung

Post by MamaFiza on August 15, 2010 

Salam Ramadhan buat semua jelitawan yang amat dikasihi lagi disegani 😀

Semoga sentiasa sihat sejahtera, dirahmati dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah di bulan penuh keberkatan; Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan merupakan bulan istimewa yang paling dinantikan oleh anak-anak cilik kami bagi sepanjang tahun. Faktor umur dan kesihatan bukan penghalang untuk mereka menerokai bulan mulia ini.

Solat terawih berjemaah, sesi pembacaan tambahan (bertadarus) dan terjemahan juzuk Al-Quraan serta malam berisi kisah penceritaan pengembaraan Nabi, Rasul, Khalifah serta para sahabat, kerjasama si comel dalam menghasilkan menu sihat untuk berbuka dan sahur antara penghias aktiviti Ramadhan keluarga kami, Alhamdulillah. Moga dapat diteruskan hingga ke akhirnya. Amin~

Jutaan terima kasih kerana setia menantikan kemaskini terbaru di laman web ini walaupun penulisnya telah tenggelam dalam kesibukan jadual sekolah di rumah dan tugasan luar yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya Syawal >_<

Permandangan sayup kotaraya metropolitan (dari pandangan bingkai jendela bilik hotel),
tugasan luar ke-3 bagi bulan Ogos 2010 ini.

Anak-anak aktif telahpun nyenyak tidur dibuai mimpi indah 😉 *Subhanallah*

Teruskan usaha sucimu wahai bonda tersayang. Kuatkan semagat wirawatimu.

Sehingga bertemu kembali, Insya-Allah >O< *pelukan rindu!*

Teman Media Unggul

Post by MamaFiza on August 8, 2010 

Edisi entri khas ini adalah buat teman media yang amat saya kagumi keluhuran peribadinya: Cik Puan Siti, jurnalis akhbar Harian Metro, sebagai kenangan bersama 😉

Beliau adalah insan istimewa bagi saya dan keluarga kerana sifat keprihatinannya serta mempunyai ciri terbaik sebagai seorang rakan walaupun baru sahaja mengenalinya di awal tahun ini.

Saya sangat suka dengan Cik Siti kerana selain berbudi bahasa,
beliau juga tidak lokek untuk bergambar!
Beliau merupakan bonda tersayang buat puteri dan putera manjanya 😀

Terima kasih juga pada krew Starbucks Alamanda, Putrajaya yang tidak jemu
melayan karenah saya dan famili sejak tahun 2008 hingga kini >_<
(Ibarat rumah kedua pula, lihatlah gaya si penulis berbaju rona gelap
yang hanya berselipar Jepun sahaja, haih!)
Ya, kedua-dua gambar di atas adalah hasil tangkapan krew yang produktif itu!

Jutaan terima kasih Cik Siti diatas keyakinanmu, Alhamdulillah, saya telah ditemuramah oleh pihak Cik Siti bagi sesi kedua tahun ini pada 5hb Ogos yang lalu.

Semoga segala urusan dilapangkan oleh-Nya. Amin~ ^_^

Next Page →