Insan Yang Paling Dirindui

Post by MamaFiza on September 17, 2010 

Di kala berjauhan bersama 2 orang anak cilik, pastinya sanubari ini berasa tidak keruan dan senantiasa menitipkan doa tulus kehadrat Ilahi agar insan-insan yang paling saya kasihi dilindungi-Nya. Amin~

Penawar rindu: suami tercinta, 2 orang anak comel yang juga merantau atas urusan kerja bersama suami, yang amat disenangi dan disanjungi: nenda & datuk, bonda & ayahanda, ibu, adik-adik tersayang serta teman akrab penyokong setia blog ini.

Terima kasih yang tidak tidak terhingga, ikhlas daripada saya 😀

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati kehidupanmu. Amin~

Dirimu sangat bermakna dalam hidup ini, T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H ! ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Oh. . . syahdu~

Tentu amat rindu keletah si putera sulung yang sungguh licik ini!  ^-^

Giliran bersama dua puteri ayu yang gemar membantu bondanya! *Alhamdulillah*
Oh, si manis kakak & adik >O<


Kejutan Istimewa Daripada Suami Tercinta

Post by MamaFiza on September 5, 2010 

Kejutan TERBAIK! *Alhamdulillah* 😀

Degupan jantung dan nadi ini: amat terharu dengan linangan air mata dan perasaan yang sunggu sayu T-T, namun segenap hati dipenuhi dengan kegirangan.

Mengapa?

Ini semua gara-gara suami tersayang telah membuat kejutan khas yang teristimewa buat isterinya yang sedang sibuk menyediakan masakan bagi hidangan berbuka puasa.

Tarikh: 5 hari sebelum Aidilfitri 2010, Waktu: Jam 7.00 malam.

Kenyataan rasmi: Ya, muka si isteri telah menjadi bertambah comot dengan basahan air mata syahdu.

Alasan?

Suami tersayang ingin memberikan kejutan istimewa sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat isterinya yang tidak jemu atau letih berusaha dalam menyediakan menu terbaik buat seisi keluarga untuk setiap hari bagi setiap tahun terutamanya hidangan khusus di bulan Ramadhan agar anak-anak comel gigih berpuasa bersama ayahanda mereka yang dikasihi.

Oh, lihatlah riak wajah gembira itu ^O^ *Alhamdulillah*
Sila abaikan raut wajah penulis yang berminyak kerana penulis sedang memasak di dapur dan menerima kejutan hadiah berserta bunga kegemaran pula daripada suami tersayang yang baru sahaja tiba ke rumah.
p/s: Ya, di dalam kamar peribadi kami terdapat 2 bahagian yang dikongsi bersama, (I) lampu berwarna keemasan dan (II) lampu berwarna kebiruan. Ini adalah kerana penulis menyukai rona romantik untuk meja peribadinya manakala suami tercinta menggemari warna biru untuk pencahayaan ruang peribadinya 😉

Bunga kegemaran penulis yang hanya diketahui oleh suami tersayang sejak di zaman persekolahan: Lili Stargazer >w<
*oh, kini telah diumumkan pula!*
Nota tambahan: Alhamdulillah, 2 bibit tunas bunga ini telah bercambah dan mekar setelah dijaga dengan rapi serta dapat bertahan selama 10 hari 😉

Himpunan tas tangan yang diterima hari ini ^-^

Bukan 1 atau 2, tetapi 4 buah tas tangan baru.
Terima kasih sayang ^_-
*Nota cinta telah selamat sampai ke tangan suami~ Heeeee . . .!*

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar!
Terima kasih padaMu Tuhan atas nikmat kurniaMu dengan menghadiahkan diri ini dengan naungan kasih sayang insan paling bermakna, suami tercinta. Alhamdulillah. Moga balasan yang paling mulia dariMu, buat dirinya. Amin~