Perjuangan Nilai Kasih Sayang

Post by MamaFiza on October 22, 2010 

Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, Alhamdulillah.

Acapkali terlena dalam butir serta bait kata ucapan penuh terima kasih buat-Nya yang telah mengurniakan saya dengan sejuta rahmat dan cinta yang disulami kasih sayang sejati: suami tercinta dan anak-anak teristimewa. Terima kasih, Yang Esa!

Perjalanan ini baru sahaja bermula, saya amat berbesar hati kerana cabaran ini ditemani dengan teman perjuangan yang sangat dikasihi yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan taraf kerakyatan, jarak usia serta segenap lapangan kerja. Terima kasih, rakan-rakan!

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan doa kudusmu *tangis!*

Ya, andalah insan bertuah itu ๐Ÿ˜€

Terima kasih yang tidak terhingga!


Melepas lelah seketika bersama anak ketiga: YunaFi-cHan sewaktu sesi temujanji urusan tugasan luar di bandaraya yang serba unik.

Gambar ditangkap oleh anak gadis sulung: ReiHi-cHan yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia seni fotografi hasil tunjuk ajar ayahanda dan abang kesayangannya ^O^

Moga kita ditakdirkan bersua lagi di masa hadapan, walaupun hanya di alam maya. Peluk!

Temujanji Khas

Post by MamaFiza on October 5, 2010 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Hari ini merupakan hari istimewa buat tugasan luar kami sekeluarga.

Ya, temujanji khas ๐Ÿ˜‰

Moga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Amin~


Ayuh bersiap!
Sedang sibuk bersolek dan leka bergambar bersama anak-anak bertuah >w<

Buat teman-teman rupawan yang dihormati, moga harimu dirahmati-Nya serta dilengkapi dengan seribu kegembiraan. Amin ๐Ÿ˜€

Teruskan perjuangan sucimu, bonda! Maju kehadapan! *peluk*

Catatan Kelana Tugasan

Post by MamaFiza on October 2, 2010 

Kembali mengatur langkah pada awal minggu hadapan setelah berhenti seketika untuk 2 hari, ya destinasi berbeza bagi setiap tugasan ^-^

Jadual tugasan luar bagi tahun 2010 buat suami tersayang dan saya, benar-benar mencabar jadual waktu tetap sekolah di rumah kami, tidak seperti tahun sebelumnya. Namun, cabaran tetap diharungi dengan penuh tabah.

Alhamdulillah, rezeki kurniaan-Nya ๐Ÿ˜‰

Oleh yang demikian, saya telah mengubah dan menetapkan hari utama bagi setiap minggu untuk anak-anak teristimewa ke masjid, rumah anak-anak yatim & warga tua, kelas tarian, aktiviti latihan senaman dan gedung buku.

Sesi pelajaran akademi serta kemahiran kendiri dijalankan seperti biasa di dalam rumah dan persekitaran terdekat. Manakala acara bulanan pula bagi lawatan ke perpustakaan awam dan muzium negeri dilakukan secara berkala.

Antara tempat persinggahan yang lalu.

HidE-cHan! ๏ผˆยดใƒปฯ‰ใƒป๏ฝ€๏ผ‰
Anak kecil ini leka menikmati aiskrim hingga tidak mengendahkan kesibukan jalan raya dibelakangnya yang hanya dijarakkan oleh cermin daripada tingkat 2, bangunan kompleks perniagaan dan medan beli-belah.

Kesibukkan itu juga telah menyebabkan jemputan khas jamuan Aidilfitri sebagai salah seorang penulis daripada pihak penerbitan dermawan: PTS, telah ditolak dengan baik T-T.

Berita baik daripada pihak PTS sejak bulan Ramadhan lalu, kemas disimpan untuk pengumuman khas buat rakan pembaca blog yang amat saya hormati. Nantikannya di akhir bulan Oktober – awal bulan November 2010 ini, Insya-Allah ๐Ÿ˜€

Sehingga bertemu lagi, teman comel. Moga Tuhan sentiasa memberkati dirimu. Peluk! >w<