Perjuangan Nilai Kasih Sayang

Karya MamaFiza pada October 22, 2010 

Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, Alhamdulillah.

Acapkali terlena dalam butir serta bait kata ucapan penuh terima kasih buat-Nya yang telah mengurniakan saya dengan sejuta rahmat dan cinta yang disulami kasih sayang sejati: suami tercinta dan anak-anak teristimewa. Terima kasih, Yang Esa!

Perjalanan ini baru sahaja bermula, saya amat berbesar hati kerana cabaran ini ditemani dengan teman perjuangan yang sangat dikasihi yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan taraf kerakyatan, jarak usia serta segenap lapangan kerja. Terima kasih, rakan-rakan!

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan doa kudusmu *tangis!*

Ya, andalah insan bertuah itu 😀

Terima kasih yang tidak terhingga!


Melepas lelah seketika bersama anak ketiga: YunaFi-cHan sewaktu sesi temujanji urusan tugasan luar di bandaraya yang serba unik.

Gambar ditangkap oleh anak gadis sulung: ReiHi-cHan yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia seni fotografi hasil tunjuk ajar ayahanda dan abang kesayangannya ^O^

Moga kita ditakdirkan bersua lagi di masa hadapan, walaupun hanya di alam maya. Peluk!

Kotak Komentar

Apa Pendapat Anda?