Masakan 5 dan 6 Bintang :D

Post by MamaFiza on December 29, 2010 

Lokasi: Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 6 petang.

Bagaimanakah rasanya jika komentar yang diminta oleh Tuan Pengacara berkenaan hasil masakan pertama Tim Si Cilik LittleKittle, kepada pengunjung yang hadir serta anak-anak kecil yang tidak jemu-jemu memandangmu bagai menantikan sesuatu yang ajaib muncul di kedua belah tapak tanganmu, dan setelah menjamu  hidangan itu mereka semua dengan serentak berkata,

5 bintang! Saya beri 6 bintang!

Di saat itu, seakan terhenti degup jantungmu, hela deru nafasmu, benakmu benar-benar dipenuhi bintangbintang!!!

Aduhai, terpana panahan busar daripada ucap kata-kata mereka.

Apakah yang perlu dilakukan? Adakah dayamu untuk mengaut semua kasih sayang itu? Bagaimanakah caranya mahu kau tatang kepercayaan itu?

Hanya Tuhan. Hanya TUHAN, yang mengetahuinya. Betapa kau sayangi mereka semua . . . Jika, mereka benar-benar mengetahuinya.

Masakan itu, lahir daripada kasih sayang kami, buat kalian, yang baru sahaja diberi peluang oleh Ilahi, untuk kami mengenalimu, di saat itu.

Mari kita berjanji, ikrar setia, akan terus menyebarkan kasih suci ini. Untuk dirimu, ikhlas daripada insan kerdil sepertiku. *tangisan kesyukuran*

Terima kasih teman!!!

Temui Tim Si Cilik di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010

Post by MamaFiza on December 25, 2010 

Laman baru LittleKittle.com ^____^
*jemput singgah bertandang, terima kasih~*

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi disebabkan urusan keluarga dan tugasan kerja, akhirnya buat pertama kalinya Tim Si Cilik LittleKittle.com akan menemui para pembaca di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010 di PWTC pada hari ini: 25hb Disember 2010 😀

Mari bersama saksikan demo masakan bersama si cilik di Dewan Tun Razak 3, di booth PTS (A49-A53) & (A69-A72), bermula daripada jam 5 petang hingga ke jam 6 petang.

Acara berikutnyan (majlis bertemu penulis dan sesi temuramah) bermula pada pukul 6 petang hingga ke pukul 7 malam.

10 hadiah percuma disediakan oleh pihak PTS yang dermawan bagi aktiviti menarik yang akan diadakan sewaktu demo masakan ini.

Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Moga kita dapat bertemu dan bersua muka, rakan dan taulan yang budiman 😉 *sangat teruja!*

Berhati-hati di dalam perjalanan, semoga Tuhan sentiasa memberkati dan merahmatimu teman comel >w< *peluk-peluk*