Air Tangan Isteri

Post by MamaFiza on February 23, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Moga hidup teman-teman jelitawan saya sentiasa dinaungi keberkatan Arashy-Nya, Amin~

Doa suci yang tiada berpenghujung saya titipkan buatmu yang amat setia, jutaan terima kasih, rakan dan taulan. Peluk! 😀

Di kesempatan ini saya ingin memohon bantuan murnimu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bayi puteri (pra-matang) yang mengkagumkan buat Cik Sue, sahabat yang tulus ikhlas. Sekalung terima kasih atas budi pekertimu dalam perihal ini. Indahnya kebesaran ciptaan-Nya, Subhanallah! >_<

Ribuan maaf disebabkan masa saya yang agak suntuk bagi minggu ini, beberapa soalan berkenaan resipi akan saya cuba balas pada minggu hadapan, Insya-Allah. Mohon jangan bimbang, pasti kita telusuri bersama 😉

Sedikit nukilan pendek di hari ini berdasarkan soalan Cik Emma daripada Kluang, Johor, bertanyakan cara sewajarnya menyediakan masakan untuk suami tersayang disebalik kesibukan kerjaya.

Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menghantar pesanan FB buat saya berkenaan hal ini. Namun begitu, saya juga masih tidak putus asa dalam menimba ilmu tentang alam rumah tangga kerana saya percaya lebih banyak yang perlu saya perbaiki, Insya-Allah ^____^

Menu untuk suami yang baik hati: Chicken Chop, Telur Mata Kerbau, Coleslaw Cahaya.

Sungguhpun begitu, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peribadi yang tidak seberapanya ini. Semoga kita dapat menambah pengetahuan bersama khas untuk kebahagiaan keluarga, Amin~

Saya dan suami tercinta tidak pernah mengimpikan hari persandingan “Raja Sehari“, oleh sebab itu saya gelarkan beliau “Sang Raja” kerana saya kekal percaya bahawa beliau adalah raja yang bertakhta dalam setiap saat hidup saya, sepanjang waktu, sepanjang hari, sepanjang hayat.

Alhamdulillah, disebabkan semangat inilah, saya cuba yang terbaik untuk melayan dan menghiburkan hati suami yang paling saya kasihi ini, setiap hari. Sejak hari pertama bersama, hidangan harian kami kongsi di dalam satu pinggan yang sama dan suapan cinta diberikan hingga ke saat ini (Alhamdulillah). Tanpa rasa jemu, tanpa perasaan culas.

Menu untuk suami yang baik hati: Char Kuey Tiaw bersama Udang dan Isi Kerang.

Menu untuk suami yang baik hati: Lasagna Keju + Daging Kambing.

Sehinggakan pernah di suatu ketika saya ditimpa ujian-Nya (sakit) yang menyebabkan saya benar-benar tidak boleh melakukan hal-hal seharian yang biasanya saya lakukan, cinta hati saya ini (Sang Raja) telah sudi menggalas tugas berat saya.

Namun bisikan jujurnya di malam hari di hujung telinga saya, setelah satu hari suntuk menyandang jawatan itu, beliau menuturkan bait katanya dengan badan yang longlai, “Sayang, benarlah. Tidak senang mahu menjadi MamaFiza“.

Kata-kata Sang Raja itu telah membuatkan saya semput dan senak di bahagian perut untuk ketawa (versi kurang sopan: terbahak-bahak) sambil menahan sakit yang saya tanggung dengan menekup mulut dalam selimut tebal. Bagi saya, gurauan spontan beliau telah membuatkan saya lebih jatuh cinta padanya. Syahdu! Alhamdulillah ^-^

Menu untuk suami yang baik hati: Sup Peha Ayam bersama rebusan herba.


Menu untuk suami yang baik hati: Telur Lada Hitam, Sayuran Goreng, Sambal Pedal *pedas*, Sos Ikan Mackerel.

Buat bonda yang saya kagumi sekalian, mohon janganlah pujian sebegitu diberikan kepada saya yang kerdil ini. Justeru kerana saya sangat yakin bahawa andalah bonda terhebat itu! Andalah bonda yang terbaik itu! Andalah bonda yang ISTIMEWA itu 😀

Sedahsyat mana hari-harimu, letakkanlah kepentingan diri suamimu selepas selesai urusanmu dengan Yang Maha Esa. Hormati, doakan dan kasihi suami perkasamu dengan sepenuh hati nurani. Restu suami, amat besar ertinya buat saya.

Ikatlah kenangan kasih sayangmu bersamanya dengan air tangan isteri, menu biasa yang disajikan dengan impak luar biasa, Amin~ >w<

Seindah Warna Ungu

Post by MamaFiza on February 19, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^-^

Teman-teman rupawan, semoga harimu bermula dengan penuh kebaikan dan rahmat-Nya, Amin~

Pertama sekali, jutaan terima kasih di atas kasih sayang dan doa kudus yang sentiasa dititipkan buat keluarga kami. Buat kali ke-4 sesi bersama media bagi tahun 2011 disebabkan sokongan jitu kalian, artikel terbaru telah diterbitkan oleh pihak Utusan Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga padamu! *pelukan & tangisan kegembiraan 😉 *

Alhamdulillah, acara ke-4 seminar WAHM Workshop telah selamat berjalan pada tanggal 12hb Februari 2011 di butik anggun MamaYayaZone.com , Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Selangor, milik teman paling saya segani: Cik Taty! 😀

 


Promosi buku Hidangan Si Cilik di MamaYayaZone.com boutique? Ececece . . . >O<

Nota: Ya benar, saya memakai sesuatu yang bersinar di bahagian dahi *lol*, yakni cekak rambut yang sewajarnya dipakai di atas bahagian kepala. Sila jangan keliru, bersemangat sungguh saya  mengikuti tema pakaian untuk hari itu dilengkapi dengan aksesori mutiara (Ha. Ha. Ha!).

Syukur ke hadrat Illahi, saya telah menambah ramai kenalan baru yang amat baik hati di sana >w< Cik Taty, Cik Fathi, Cik Sue, Cik Rafiza, Cik Fauziah, Cik Elaine Pang, Cik Haridah, Cik Azrina, Cik Intan (Adamell) dan Cik Azleen, terima kasih di atas detik-detik indah yang dikongsikan bersama. Buat julung kalinya, peserta berbangsa Cina menyertai sesi kelolaan kami. Ribuan terima kasih kerana kalian semua telah banyak mengajar saya erti menghargai kehidupan, Alhamdulillah ^-^

Entri ini hanya terbitan singkat berkenaan acara tersebut disebabkan kesuntukan masa saya, maafkan saya! Insya-Allah, saya akan sambung berkenaan acara ini dengan lebih lanjut (beserta tambahan gambar menarik~ Heee . . .) di blog rasmi LittleKittle.com >_________<

Terima kasih Cik Fathi kerana sudi mengirimkan gambar kenangan ini:

Menulis & melukis >_<

 

Hohoho, sebenarnya kami sedang menggayakan cara bergambar “*.*.*” ^-^
Spekulasi ya?
Maaf kerana tiada gambar berkumpulan lengkap buat semua peserta yang jelita.

 

C.E.R.I.A 😀
Teman peserta yg hebat-hebat belaka, putera kecil yang pintar, tema bilik seminar yang amat meriangkan dan makanan yang lazat!

 

Insya-Allah pada 26hb Februari 2011 (minggu hadapan), saya akan ke butik Cik Taty bagi seminar keibubapaan (HCM) untuk sesi penuh, satu hari. Solat jamaah bersama-sama akan diadakan (solat Zuhur & Asar), Amin~

Mohon jaga kesihatanmu teman-teman yang sentiasa berfikiran positif, teruskan usahamu. Moga kita bertemu lagi di terbitan hadapan, Insya-Allah 😉 Selamat beristirehat di hari minggu.

p/s: Jika teman-teman comel ingin turut serta, mohon hubungi pihak kami di sini. Terima kasih ^_-

psssst: Saya telah membalas mesej & komentar para bonda yang cantik melalui email & FaceBook, mohon maklumkan saya jika anda masih belum menerima balasan saya. Saya mohon bantuan anda agar dapat berkongsi fail gambar saya jika kita pernah berjumpa di mana-mana dan bergambar bersama kerana saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada anda dan ingin buat entri khas untuk A.N.D.A 😀

Wawancara Hidangan Si Cilik @ MHI , TV3

Post by MamaFiza on February 16, 2011 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buatmu teman-teman penyayang yang saya kasihi >_<

Moga Tuhan sentiasa melindungi dirimu dan keluarga tersayang. Amin~ *pelukan rindu!*

Pertama sekali, ikhlas saya ingin memohon maaf diatas kesibukan saya meniti hari demi hari yang telah berubah daripada seorang bonda yang aktif menjadi bonda yang tidak menang tangan dalam menjalani perubahan jadual tahun baru 2011.

Blog utama LittleKittle.com dan blog peribadi MamaFiza.com telah bersawang melebihi tempoh 23 bulan (sejak terbitnya buku Hidangan Si Cilik – ya, sesungguhnya kejadian sebegini belum pernah berlaku dalam sejarah dunia penulisan blog saya, walaupun saya sering lewat mengemaskini blog, ini adalah insiden terburuk! -_-) dan terlalu banyak entri yang telah dirancang terpaksa ditunda tarikh terbitannya.

Alhamdulillah, untuk jadual baru 2011: setiap hari dan minggu kami diisi dengan jadual sesi sekolah di rumah (dan aktiviti rutin di luar rumah), menyiapkan manuskrip buku baru, tanggungjawab harian, tugasan luar, seminar, sesi interviu dengan pihak media dan jadual demo masakan terbaru!.

Kata-kata ucapan tahniah yang berguni-guni dan bertimbun-timbun diterima daripada teman-teman rupawan melalui mesej SMS, FaceBook dan email, disebabkan kejayaan sulung buku tersebut meraih tempat dalam Senarai Top 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit di laman web utama Cik Puan Ainon yang paling disegani, yakni Presiden Universiti Terbuka PTS pada tanggal 11hb Februari 2011 yang lalu, sungguhpun baru sahaja sebulan di pasaran.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!! 😀 Jutaan terima kasih buatmu semua, kami sangat hargainya! *tangisan hiba*

Saya kepilkan salinan video ini buat pengubat rindumu, teman-teman anggun! 😉 Moga kita dapat bertemu lagi, Insya-Allah.

MHI: Hidangan Si Cilik

Nota: Tolong klik link ini jika video diatas tidak dapat dilayari. Terima kasih.

Mohon jaga kesihatanmu dengan baik teman-teman, doa kami pasti hadir buat kalian, saban ketika >w< Amin~