Usah Terliur . . .

Post by MamaFiza on April 27, 2011 

Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 4-6 petang.

Kehebatan penangan aura Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sungguh mengkagumkan!

Begitu ramai pengunjung dari segenap pelusuk negeri yang hadir dan sama-sama meraikan festival buku yang pastinya ditunggu-tunggu kemunculannya bagi setiap tahun (khas untuk ulat buku~).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! 😉

Permandangan demo masakan kali ini tiada bezanya dengan sambutan pesta buku di sini mahupun di sini. Semuanya terlalu mengujakan! *Alhamdulillah*

Ucapan terima kasih yang diterima daripada para pelawat setelah menerima sampel masakan, disusuli dengan komentar yang menambah rasa terharu dan doa yang berpanjangan kehadrat Ilahi:

 

Benar-benar sedap! Amat enak & lazat!

 

Ramai yang ingin menambah lagi kuantiti hidangan yang diagihkan, aduhai terima kasih buatmu teman-teman budiman 😀

Insya-Allah, kepercayaanmu ini tidak akan disia-siakan. Hasrat suci itu akan dikendong bersama misi untuk nukilan masa hadapan, Amin~

 

Buat seikhlas hati, setulus nurani, kami sangat menghargai jasa kalian *peluk & tangis*!*. Dikaulah mutiara inspirasi terhebat.

Jutaan terima kasih teman!!!

Seikhlas Hati

Post by MamaFiza on April 25, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^O^

Moga hari yang terindah lagi bermakna buat teman-teman jelitawan yang dirindui selalu. Saya panjatkan doa agar dirimu diberkati-Nya, Amin~ 😉

Wah, sudah terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog peribadi ini, akaun Facebook juga terpaksa diberhentikan buat seketika di atas kesibukan jadual harian T-T *tangisan syahdu* Maaf buatmu, teman!

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Buku Hidangan Si Cilik sedang dalam proses penggambaran semula bagi percetakkan ke-2! (ya, disebabkan sambutan dan jualan hangat dipasaran, syukur pada Ilahi!!!)

Jutaan terima kasih atas sokongan tulus dan doa suci kalian, saya amat menghargainya 😀

Misi khas di Butik MamaYayaZone.com ~
Terima kasih Cik Taty kerana sudi mengirimkan gambar kenangan ini:

Di sini terdapat beberapa pengumuman yang ingin saya kongsikan bersama:

Sampai bertemu kembali, sila jaga kesihatanmu dengan baik 😀 *pelukan rindu!*