Diari Masakan 012 – Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Karya MamaFiza pada May 23, 2011 

Hari yang indah ini dimulakan dengan kalimah suci Bismillahir-Rahmanir-Rahim 😉

Salam hormat buat teman-teman anggun yang disegani. Semoga setiap saatmu dipenuhi dengan keberkatan dan nikmat-Nya . Amin~

Nukilan entri pada kali ini adalah berkisar tentang hidangan “kerang rebus“.

Selain menu kerang bakar, puteri cilik kami: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan serta saya, amat menggemari masakan kerang rebus.

Alhamdulillah, kami telah banyak mencuba resipi malah “bereksperimen” dengan kumpulan moluska dwicangkerang yang enak ini. *gaya sesi bersuka-ria!* ^O^

Oh, ya. Apakah pula cara yang sesuai untuk membersihkan kerang?

Kami selalu melakukan rutin di bawah sebelum merebus atau memasak kerang sebagai santapan keluarga:

 

Kebersihan perlu diutamakan bagi mengelakkan isu keracunan makanan >w<

 

 

Tajuk Menu: Kerang Rebus Tumis Serai & Halia

Upacara merebus kerang! Heeee ^_____^

 

 

Tumis bersama minyak zaitun tulen, hirisan bawang Holland, cili api/cili padi, cili merah dan cili hijau, halia, serai dan sedikit stok rebusan ikan supaya rasa isi kerang menjadi lebih harum, sedap dan menyelerakan. Amboi, sungguh menggiurkan! 😀

 

 

Sejurus selepas kerang direbus, jangan lupa untuk menggaul bahan masakan hingga sebati.

 

 

Bagaimanakah pula kaedah yang digunakan oleh para jelitawan sekalian untuk membersihkan kerang sebelum dimasak? Mari kongsikan bersama 😉

Teruskan usaha murni kalian untuk memberikan cita rasa terbaik buat famili tercinta. Selamat maju jaya! *peluk*

Kotak Komentar

  1. kerang kalau dalam periuk sebenar kenapa macam xbest jer tapi bile dah masuk dalam blog mamafiza nampak menarik jer hehehehe.. anyway nampak sedap sangat!!!

  2. Ha’ah, nampak sedap sangat…
    Nak bersihkan kerang? Guna berus dawai.
    sampai kerang tu putih.hehe =)

  3. thiyah says:

    ambooiii..sedapnyaaa..
    dalah kerang febret sya..
    patut cuba ni..
    terima kasih bab kongsi.. 😀

Apa Pendapat Anda?