Senyuman Yang Takkan Hilang

Karya MamaFiza pada September 14, 2011 

Salam sejahtera dan salam ceria buat teman-teman berbudi luhur yang saya sanjungi ๐Ÿ˜‰

Moga sinar Aidilfitri memberikan nafas baru buat kita semua setelah bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak dimanfaatkan dengan sebaiknya, Insya-Allah. Amin ^____^

Ya Tuhan, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak dapat mengemaskini laman blog ini -_- (*maafkan saya!*).

Jadual harian saya amat padat dengan urusan tugasan luar dan rutin persekolahan di rumah buat anakanda saya bagi tahun 2011 ini, sehingga tidak menang tangan untuk menyelesaikannya >w<.

Alhamdulillah, terlalu banyak perkara dan berita baikย (berganda-ganda) yang telah dikurniakan Ilahi buat keluarga saya pada tahun ini *tangisan kesyukuran* ๐Ÿ˜€

Jutaan terima kasih atas doa suci dan kasih sayangmu, teman-teman yang baik hati. Moga Tuhan sentiasa membalas yang terbaik buat kalian yang saya kasihi, Amin~

Kelibat bulan purnama yang sungguh cantik telah berjaya mencuri perhatian saya sewaktu di dalam salah satu sesi perjalanan kelana kerja.
Allahu Akbar, indahnya ciptaan Yang Maha Esa!!!

Saya juga mohon ribuan maafย kerana tidak dapat membalas email yang diutuskan oleh teman-teman jelitawan secara peribadi disebabkan perihal diatas. Namun, ingatan dan jasa baik kalian tidak akan saya lupakan. Doa saya pasti buatmu, Amin ^O^

Cetakan kedua buku Hidangan Si Cilik akan terbit di pasaran dengan segera (sebelum November tahun ini, Insya-Allah). Jika terdapat sebarang kemusykilan, mohon bertanya pada Tuan Amir Hamzah di email littlekittlestore@gmail.com . Terima kasih ^-^

Di dalam kesibukkan mencari rezeki dan menyediakan menu sihat harian untuk famili, saya juga sempat “bertukang” selama 1-2 jam sehari bagi menyiapkan bilik belajar si manja sebelum bulan Ramadhan menjelma. Alhamdulillah ^_-
p/s: sudah 3 tahun bilik ini tidak di cat semula.

Insya-Allah, kita bertemu lagi di masa hadapan.

Mohon jaga kesihatanmu dengan baik, teman-teman *pelukan rindu*!

Teruskan usahamu dengan senyuman ๐Ÿ˜‰

 

 

 

 

Kotak Komentar

  1. Assalam Puan Mamafiza,

    Saya mendoakan agar puan sekeluarga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Amin.

    Saya ingin berkongsi maklumat dengan puan. Buku kesukaan puan, Leaving Microsoft To Change The World oleh John Wood sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diterbitkan oleh PTS Litera, anak syarikat PTS Publications.

    Terima kasih.

    Wassalam.

Apa Pendapat Anda?