Rahsia Masakan Lazat

Post by MamaFiza on May 6, 2011 

Tiada apa yang lebih utama dalam penyediaan makanan untuk keluarga selain daripada iringan doa suci dan niat tulusΒ ikhlas disertai dengan elemen kasih sayang setiap kali memulakan langkah ke ruang dapur.

Kebersihan bahan masakan, peralatan dan ruang memasak perlu diberi perhatian khusus agar tidak ada tragedi keracunan makanan berlaku pada ahli keluarga. Insya-Allah πŸ˜‰

Antara tip masakan yang ingin dikongsi bersama pada hari ini adalah: bahan perasa masakan (selain garam, gula dan stok ikan/daging/daging kambing/ayam), iaitu rempah ratus dan herba.

Bagi mendapatkan serbuk rempah ratus atau rempah asli, kini bukan lagi menjadi misi mustahil kerana dengan kos yang rendah kita mudah memperolehinya di gedung pasaraya berdekatan (Carrerfour, Cold Storage, Jusco dan Giant).

 

Penambat hati keluarga dan pengerat kasih sayang? *heeee*
(Paling penting: berkhasiat!)

Namun begitu sila berwaspada dan semak label barangan agar tiada bahan MSG tambahan di dalam bungkusan rempah ratus atau herba yang dibeli ^_^

Bahan masakan yang diperap atau dimasak dengan menggunakan rempah ratus yang pelbagai serta campuran herba, pastinya akan menjadi lebih enak dan lazat.

 

Antara sebahagian himpunan rempah ratus dan herba di dapur saya ^-^ *Alhamdulillah*

Jangan lupa untuk berdoa dan menjamu hidangan bersama seisi keluarga setiap hari.

Bersyukur atas nikmat-Nya itu adalah perkara yang perlu didahulukan! πŸ˜‰

Tidak percaya? Cubalah hari ini >_<

Usah Terliur . . .

Post by MamaFiza on April 27, 2011 

Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 4-6 petang.

Kehebatan penangan aura Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sungguh mengkagumkan!

Begitu ramai pengunjung dari segenap pelusuk negeri yang hadir dan sama-sama meraikan festival buku yang pastinya ditunggu-tunggu kemunculannya bagi setiap tahun (khas untuk ulat buku~).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! πŸ˜‰

Permandangan demo masakan kali ini tiada bezanya dengan sambutan pesta buku di sini mahupun di sini. Semuanya terlalu mengujakan! *Alhamdulillah*

Ucapan terima kasih yang diterima daripada para pelawat setelah menerima sampel masakan, disusuli dengan komentar yang menambah rasa terharu dan doa yang berpanjangan kehadrat Ilahi:

 

Benar-benar sedap! Amat enak & lazat!

 

Ramai yang ingin menambah lagi kuantiti hidangan yang diagihkan, aduhai terima kasih buatmu teman-teman budiman πŸ˜€

Insya-Allah, kepercayaanmu ini tidak akan disia-siakan. Hasrat suci itu akan dikendong bersama misi untuk nukilan masa hadapan, Amin~

 

Buat seikhlas hati, setulus nurani, kami sangat menghargai jasa kalian *peluk & tangis*!*. Dikaulah mutiara inspirasi terhebat.

Jutaan terima kasih teman!!!

Seikhlas Hati

Post by MamaFiza on April 25, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^O^

Moga hari yang terindah lagi bermakna buat teman-teman jelitawan yang dirindui selalu. Saya panjatkan doa agar dirimu diberkati-Nya, Amin~ πŸ˜‰

Wah, sudah terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog peribadi ini, akaun Facebook juga terpaksa diberhentikan buat seketika di atas kesibukan jadual harian T-T *tangisan syahdu* Maaf buatmu, teman!

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Buku Hidangan Si Cilik sedang dalam proses penggambaran semula bagi percetakkan ke-2! (ya, disebabkan sambutan dan jualan hangat dipasaran, syukur pada Ilahi!!!)

Jutaan terima kasih atas sokongan tulus dan doa suci kalian, saya amat menghargainya πŸ˜€

Misi khas di Butik MamaYayaZone.com ~
Terima kasih Cik Taty kerana sudi mengirimkan gambar kenangan ini:

Di sini terdapat beberapa pengumuman yang ingin saya kongsikan bersama:

Sampai bertemu kembali, sila jaga kesihatanmu dengan baik πŸ˜€ *pelukan rindu!*

Wawancara Hidangan Si Cilik @ MHI , TV3

Post by MamaFiza on February 16, 2011 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buatmu teman-teman penyayang yang saya kasihi >_<

Moga Tuhan sentiasa melindungi dirimu dan keluarga tersayang. Amin~ *pelukan rindu!*

Pertama sekali, ikhlas saya ingin memohon maaf diatas kesibukan saya meniti hari demi hari yang telah berubah daripada seorang bonda yang aktif menjadi bonda yang tidak menang tangan dalam menjalani perubahan jadual tahun baru 2011.

Blog utama LittleKittle.com dan blog peribadi MamaFiza.com telah bersawang melebihi tempoh 23 bulan (sejak terbitnya buku Hidangan Si Cilik – ya, sesungguhnya kejadian sebegini belum pernah berlaku dalam sejarah dunia penulisan blog saya, walaupun saya sering lewat mengemaskini blog, ini adalah insiden terburuk! -_-) dan terlalu banyak entri yang telah dirancang terpaksa ditunda tarikh terbitannya.

Alhamdulillah, untuk jadual baru 2011: setiap hari dan minggu kami diisi dengan jadual sesi sekolah di rumah (dan aktiviti rutin di luar rumah), menyiapkan manuskrip buku baru, tanggungjawab harian, tugasan luar, seminar, sesi interviu dengan pihak media dan jadual demo masakan terbaru!.

Kata-kata ucapan tahniah yang berguni-guni dan bertimbun-timbun diterima daripada teman-teman rupawan melalui mesej SMS, FaceBook dan email, disebabkan kejayaan sulung buku tersebut meraih tempat dalam Senarai Top 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit di laman web utama Cik Puan Ainon yang paling disegani, yakni Presiden Universiti Terbuka PTS pada tanggal 11hb Februari 2011 yang lalu, sungguhpun baru sahaja sebulan di pasaran.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!! πŸ˜€ Jutaan terima kasih buatmu semua, kami sangat hargainya! *tangisan hiba*

Saya kepilkan salinan video ini buat pengubat rindumu, teman-teman anggun! πŸ˜‰ Moga kita dapat bertemu lagi, Insya-Allah.

MHI: Hidangan Si Cilik

Nota: Tolong klik link ini jika video diatas tidak dapat dilayari. Terima kasih.

Mohon jaga kesihatanmu dengan baik teman-teman, doa kami pasti hadir buat kalian, saban ketika >w< Amin~

Next Page →