Rahsia Masakan Lazat

Post by MamaFiza on May 6, 2011 

Tiada apa yang lebih utama dalam penyediaan makanan untuk keluarga selain daripada iringan doa suci dan niat tulus ikhlas disertai dengan elemen kasih sayang setiap kali memulakan langkah ke ruang dapur.

Kebersihan bahan masakan, peralatan dan ruang memasak perlu diberi perhatian khusus agar tidak ada tragedi keracunan makanan berlaku pada ahli keluarga. Insya-Allah 😉

Antara tip masakan yang ingin dikongsi bersama pada hari ini adalah: bahan perasa masakan (selain garam, gula dan stok ikan/daging/daging kambing/ayam), iaitu rempah ratus dan herba.

Bagi mendapatkan serbuk rempah ratus atau rempah asli, kini bukan lagi menjadi misi mustahil kerana dengan kos yang rendah kita mudah memperolehinya di gedung pasaraya berdekatan (Carrerfour, Cold Storage, Jusco dan Giant).

 

Penambat hati keluarga dan pengerat kasih sayang? *heeee*
(Paling penting: berkhasiat!)

Namun begitu sila berwaspada dan semak label barangan agar tiada bahan MSG tambahan di dalam bungkusan rempah ratus atau herba yang dibeli ^_^

Bahan masakan yang diperap atau dimasak dengan menggunakan rempah ratus yang pelbagai serta campuran herba, pastinya akan menjadi lebih enak dan lazat.

 

Antara sebahagian himpunan rempah ratus dan herba di dapur saya ^-^ *Alhamdulillah*

Jangan lupa untuk berdoa dan menjamu hidangan bersama seisi keluarga setiap hari.

Bersyukur atas nikmat-Nya itu adalah perkara yang perlu didahulukan! 😉

Tidak percaya? Cubalah hari ini >_<

Petua Masakan Sayuran Penambat Hati Keluarga

Post by MamaFiza on June 9, 2010 

Pernahkah para pembaca yang dikasihi menghadapi kesukaran dalam mendidik anak kecil agar gemar makan sayuran terutama sayuran berwarna hijau?

Apakah reaksi si comel anda apabila disuapkan hidangan ini?

Adakah anak anda akan menjerit keriangan *ini adalah tindakbalas anak saya apabila terlihat brokoli ^_-*, atau anak anda akan bersembunyi, bermasam muka ataupun menangis setelah dipaksa makan?

Ya, pelbagai ragam si manja yang saya terima berdasarkan maklum balas yang diberikan melalui email 😉 Jangan gusar, pasti ada tekniknya untuk mengatasi masalah ini. Insya-Allah.

Salah satu hidangan sarapan pagi kami ^-^

Alhamdulillah, kesemua anak-anak saya amat menggemari sayur-sayuran. Ini adalah disebabkan faktor pengalaman mereka yang pernah hidup di waktu kesusahan suatu ketika dahulu.

p/s: *Cik Puan nelcyndana merupakan insan yang membuatkan saya terharu kerana beliau masih kekal ingat tentang artikel ini di blog sekolah di rumah. Terima kasih Cik yang jelita!*  >_<

Sehingga ke hari ini, akan bergenang air mata saya acapkali  setelah selesai membaca doa makan dan setiap kali menghidangkan makanan, anak-anak tersayang pasti mengambil inisiatif untuk mengingatkan sesama sendiri betapa bersyukurnya mereka kehadrat Illahi dengan masakan yang telah disediakan oleh saya dan dibelikan oleh ayahandanya. Sering mereka bercerita untuk mengimbau kembali saat dugaan tersebut. Alhamdulillah ^__^

Sedikit petua peribadi yang saya ingin kongsikan bersama pada hari ini ialah:

Selamat mencuba dan saya doakan yang terindah buat para pembaca yang baik hati ^-^ *peluk!*

Moga berjaya, ayuh mulakan langkah sihat ini!

Pengganti Si Putih

Post by MamaFiza on June 8, 2010 

Pasti tiada siapa yang tidak kenal si “putih” ini 😉

Ya, mayonis!

p/s: oh, entri ini bukan mengenai haiwan peliharaan yang digelar “Si Putih” ^-^

Keluarga saya merupakan peminat setia mayonis dan krim keju ^O^

Tahukah pembaca blog yang dikasihi sekalian serba sedikit mengenai bahan tambahan sebagai penyedap rasa ini?

Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka serta campuran bahan perisa. Juga digunakan sebagai bahan asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad.

Jika suami tercinta atau anak kesayangan anda tidak meminati mayonis *dan sedang belajar untuk menikmatinya* , jangan bimbang. Mudah sahaja, anda boleh menggunakan krim keju bagi menggantikan si putih ini.

Krim keju juga boleh disapu pada roti sandwich atau biskut, asparagus dan sebagai pencicah makanan yang  lain. Teksturnya lebih pekat, lembut bagaikan mentega, berwarna putih dan enak.

Burger dan keju krim!

Selamat mencuba 😀