Mengapa Perlu Bergegas Pulang?

Post by MamaFiza on May 2, 2011 

Jika dahulu, saya dan dua orang anakanda yang dikasihi selalu ingin segera pulang ke rumah daripada destinsi tugasan untuk bertemu suami tersayang dan dua orang anakanda yang dirindui.

Begitu juga perihalnya dengan Sang Raja dan anakanda yang turut serta dalam urusan kerja luar beliau. Masing-masing tidak sabar untuk melepaskan rindu bersua dengan ahli keluarga yang berjauhan walaupun dalam tempoh singkat, Alhamdulillah πŸ˜‰

Namun kini, rindu kami bukan hanya terbit buat sesama pasangan dan anak-anak cilik. Kepulangan kami sering dinantikan dan disambut oleh anakanda ke-5, yakni: Kash!

Gigih dan sabar menunggu kehadiran kami di muka pintu.

Terima kasih, Kash~

Si kecil ini minat benar untuk tidur dan bermain di meja “stesen peribadi” saya.

Syukur pada anugerah Ilahi ini, Kash merupakan anak kucing yang amat setia.

Sangat pandai bergambar untuk kaca mata lensa, amboi! πŸ˜€

*Pantang saya tunjukkan kamera, pasti Kash akan segera beraksi. Heee. . .*

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu yang amat bermakna dan berharga ini buat kami. *syukur dalam titisan air mata*

Usah Terliur . . .

Post by MamaFiza on April 27, 2011 

Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 4-6 petang.

Kehebatan penangan aura Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sungguh mengkagumkan!

Begitu ramai pengunjung dari segenap pelusuk negeri yang hadir dan sama-sama meraikan festival buku yang pastinya ditunggu-tunggu kemunculannya bagi setiap tahun (khas untuk ulat buku~).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! πŸ˜‰

Permandangan demo masakan kali ini tiada bezanya dengan sambutan pesta buku di sini mahupun di sini. Semuanya terlalu mengujakan! *Alhamdulillah*

Ucapan terima kasih yang diterima daripada para pelawat setelah menerima sampel masakan, disusuli dengan komentar yang menambah rasa terharu dan doa yang berpanjangan kehadrat Ilahi:

 

Benar-benar sedap! Amat enak & lazat!

 

Ramai yang ingin menambah lagi kuantiti hidangan yang diagihkan, aduhai terima kasih buatmu teman-teman budiman πŸ˜€

Insya-Allah, kepercayaanmu ini tidak akan disia-siakan. Hasrat suci itu akan dikendong bersama misi untuk nukilan masa hadapan, Amin~

 

Buat seikhlas hati, setulus nurani, kami sangat menghargai jasa kalian *peluk & tangis*!*. Dikaulah mutiara inspirasi terhebat.

Jutaan terima kasih teman!!!

Seikhlas Hati

Post by MamaFiza on April 25, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ^O^

Moga hari yang terindah lagi bermakna buat teman-teman jelitawan yang dirindui selalu. Saya panjatkan doa agar dirimu diberkati-Nya, Amin~ πŸ˜‰

Wah, sudah terlalu lama tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog peribadi ini, akaun Facebook juga terpaksa diberhentikan buat seketika di atas kesibukan jadual harian T-T *tangisan syahdu* Maaf buatmu, teman!

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Buku Hidangan Si Cilik sedang dalam proses penggambaran semula bagi percetakkan ke-2! (ya, disebabkan sambutan dan jualan hangat dipasaran, syukur pada Ilahi!!!)

Jutaan terima kasih atas sokongan tulus dan doa suci kalian, saya amat menghargainya πŸ˜€

Misi khas di Butik MamaYayaZone.com ~
Terima kasih Cik Taty kerana sudi mengirimkan gambar kenangan ini:

Di sini terdapat beberapa pengumuman yang ingin saya kongsikan bersama:

Sampai bertemu kembali, sila jaga kesihatanmu dengan baik πŸ˜€ *pelukan rindu!*

Anugerah Nikmat Deria Rasa ^-^

Post by MamaFiza on March 15, 2011 

Lokasi: Pesta Buku MPH 2011, JUSCO, Alpha Angle Centre Court, Kuala Lumpur (13hb Mac 2011).

Waktu: Di sekitar jam 3-5 petang.

Nota: Saya tidak dapat menyimpan perasaan teruja apabila kami disambut dengan ruang pentas demo masakan yang sungguh luas (terima kasih tim MPH Alpha Angle ^O^), beberapa papan tanda serta banner comel yang dibuat berdasarkan tema blog mamafiza.com (terima kasih Cik Zila & tim PTS yang tersohor *bahagian pemasaran*) πŸ˜‰

Pintu masuk >w<

Kejutan besar buat kami, Alhamdulillah πŸ˜€
Anak-anak saya amat menyukai banner ini dan kami ingin bawa pulang, boleh? ^-^ Terima kasih pada pereka banner yang sungguh kreatif dalam menggabungkan warna ceria, kami sangat berterima kasih.

Amboi, amboi, amboi! Atas kayangan, oh~

Cuba cari kami? ^_____^

Bagaimanakah rasanya jika komentar bagi sesi demo masakan kali kedua oleh Tim Si Cilik LittleKittle pada tahun 2011 disusuli dengan senyuman ikhlas (dan paling lebar!) serta ucapan terima kasih ikhlas daripada pengunjung dan pelawat yang sudi menjamu hidangan sihat kami dan seraya berkata,

AmatΒ sedap! Boleh saya tambah lagi?

Kini, bukan hanya jumlah kutipan bintang yang diberikan, malah para penonton sanggup tampil kehadapan dan menyatakan mereka tidak menyangka bahawa menu sihat yang lazat dapat disajikan buat setiap ahli keluarga dalam kos yang paling minima dan dengan cara yang mudah.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar, Amin~

Aduhai, terharu benar rasa hati ini T-T

Ayuh, kita mulakan!

Main masak-masak ya?

Jutaan terima kasih buat ANDA semua πŸ˜€ Tanpa sokongan tulus anda, tiadalah kami di sini. Moga Tuhan memberikan anugerah yang teristimewa buat kalian: sahabat + teman yang tidak dapat saya tukar ganti. Amin~

Setinggi penghargaan buat tim PTS Millennia yang begitu komited, Cik Zila & anakanda puteri Humaira yang setia lagi banyak membantu famili kami, pihak pengurusan MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sungguh berdedikasi penuh dibawah kelolaan Cik Puan Fiza dan tim beliau.

Tim Si Cilik LittleKittle.com , Mamafiza dan Cik Fiza >_<

Terima kasih buatmu, teman-teman rupawan!!!

p/s: Ribuan maaf buat Cik Puan Chef Hanieliza, Tuan Syed Aiman, Cik nelcyndana & keluarga, Cik Yus & keluarga, Cik Taty, Cik Fathi, Cik Intan, Cik Husna Adnan, tim media: Cik Siti, Cik Affizar, Cik Rina & Cik Lina: kerana entri khas buat kalian masih belum sempat saya siapkan disebabkan begitu sibuk dengan urusan harian serta tugasan luar, Insya-Allah saya akan kemaskini sedikit demi sedikit. Terima kasih banyakΒ  kerana sering menjadi teman yang amat memahami πŸ˜€

Buat senarai bonda penyayang: Cik Ummi Fatimah Amani, Cik Basrah dan Cik Zuraihan, yang menghantar email pada saya berkenaan pertanyaan resipi, saya akan balas dalam masa terdekat, Insya-Allah πŸ˜‰ Mohon nantikan ya. Terima kasih!

! Boleh

Next Page →