Mengapa Perlu Bergegas Pulang?

Post by MamaFiza on May 2, 2011 

Jika dahulu, saya dan dua orang anakanda yang dikasihi selalu ingin segera pulang ke rumah daripada destinsi tugasan untuk bertemu suami tersayang dan dua orang anakanda yang dirindui.

Begitu juga perihalnya dengan Sang Raja dan anakanda yang turut serta dalam urusan kerja luar beliau. Masing-masing tidak sabar untuk melepaskan rindu bersua dengan ahli keluarga yang berjauhan walaupun dalam tempoh singkat, Alhamdulillah 😉

Namun kini, rindu kami bukan hanya terbit buat sesama pasangan dan anak-anak cilik. Kepulangan kami sering dinantikan dan disambut oleh anakanda ke-5, yakni: Kash!

Gigih dan sabar menunggu kehadiran kami di muka pintu.

Terima kasih, Kash~

Si kecil ini minat benar untuk tidur dan bermain di meja “stesen peribadi” saya.

Syukur pada anugerah Ilahi ini, Kash merupakan anak kucing yang amat setia.

Sangat pandai bergambar untuk kaca mata lensa, amboi! 😀

*Pantang saya tunjukkan kamera, pasti Kash akan segera beraksi. Heee. . .*

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu yang amat bermakna dan berharga ini buat kami. *syukur dalam titisan air mata*