Teman Kosmetik

Post by MamaFiza on August 2, 2010 

Belum sempat lagi untuk kemaskini entri blog berkenaan hadiah dari Bandung serta aktiviti hasil membeli-belah yang lalu.

Namun diri ini yang lebih teruja untuk mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikat Elianto yang merupakan koleksi kosmetik terbaru pemberian suami tersayang 😉 Alhamdulillah, terima kasih sayangku! *pelukan mesra*

Secara peribadi, saya sangat menggemari rangkaian rona pembayang mata edisi terbaru Elianto iaitu: Natural Hues Shadow Kit yang dihasilkan di negara Itali. Kilauan warnanya menawan hati dan tahan lama! (Ya, saya telah mula menggunakannya dengan rasmi untuk makan malam bersama kekasih abadi *Tuan Azhar Zahir* dan untuk pertama kali di acara umum Homeschool “Chatter” Moment II [Upgraded]) >w<

Oleh kerana layanan penuh mesra yang diberikan oleh Cik Gee, (daripada cawangan Elianto, IOI Mall Puchong), suami tercinta telah membawa saya untuk datang kembali bagi kali kedua bagi mendapatkan produk tambahan sebelum saya berangkat ke destinasi tugasan luar seterusnya. Saya berasa sungguh bertuah! Alhamdulillah. *tarian riang gembira*

Oh, rantai kunci edisi khas Elianto 😀
Pelaburan daripada suami untuk suami, hoho!

Pembelian pertama ^_^

Set berus yang comel ^_-

Saya masih merupakan pengguna tegar untuk set LovingMinerals dan SkinFood yang ternyata amat serasi dengan kulit saya.

Bagaimana pula dengan anda, bonda comel? Apa pula pilihan dirimu? Kongsikan kebaikannya bersama ya 😉

Hari Eksklusif Bersama Bonda

Post by MamaFiza on June 2, 2010 

Alhamdulillah, walaupun hanya sempat beristirehat bersama keluarga diwaktu yang singkat. Namun, suami tercinta tidak pernah lupa untuk menambat hati ini. Terima kasih kanda 😉

Ya, dibawa membeli-belah ke gedung buku kegemaran dan dihadiahkan beberapa buah buku yang comel rekabentuknya serta dikejutkan dengan pemberian kosmetik baru olehnya.

Oh, anak gadis kecil juga mendapat habuannya! *sangat bertuah, Reihi-cHan & YunaFi-cHan tersenyum girang bukan kepalang*

Set A: Adalah alat solek terbaru saya ^-^

Set B: Kosmetik khas buat si nona kecil! Tambahan kepada himpunan lama.

Bersyukur kerana dapat meluangkan masa bermain tata rias bersama anak perempuan saya.  Bermain menatarias solekan pada wajah si kecil, belajar mendandan rambut, mencuba pelbagai koleksi aksesori bondanya. Heee, sangat terhibur dengan keletah anak-anak comel.

Itulah hari khusus untuk puteri tersayang 😀