Usah Terliur . . .

Post by MamaFiza on April 27, 2011 

Lokasi: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 4-6 petang.

Kehebatan penangan aura Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sungguh mengkagumkan!

Begitu ramai pengunjung dari segenap pelusuk negeri yang hadir dan sama-sama meraikan festival buku yang pastinya ditunggu-tunggu kemunculannya bagi setiap tahun (khas untuk ulat buku~).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! ๐Ÿ˜‰

Permandangan demo masakan kali ini tiada bezanya dengan sambutan pesta buku di sini mahupun di sini. Semuanya terlalu mengujakan! *Alhamdulillah*

Ucapan terima kasih yang diterima daripada para pelawat setelah menerima sampel masakan, disusuli dengan komentar yang menambah rasa terharu dan doa yang berpanjangan kehadrat Ilahi:

 

Benar-benar sedap! Amat enak & lazat!

 

Ramai yang ingin menambah lagi kuantiti hidangan yang diagihkan, aduhai terima kasih buatmu teman-teman budiman ๐Ÿ˜€

Insya-Allah, kepercayaanmu ini tidak akan disia-siakan. Hasrat suci itu akan dikendong bersama misi untuk nukilan masa hadapan, Amin~

 

Buat seikhlas hati, setulus nurani, kami sangat menghargai jasa kalian *peluk & tangis*!*. Dikaulah mutiara inspirasi terhebat.

Jutaan terima kasih teman!!!

Anugerah Nikmat Deria Rasa ^-^

Post by MamaFiza on March 15, 2011 

Lokasi: Pesta Buku MPH 2011, JUSCO, Alpha Angle Centre Court, Kuala Lumpur (13hb Mac 2011).

Waktu: Di sekitar jam 3-5 petang.

Nota: Saya tidak dapat menyimpan perasaan teruja apabila kami disambut dengan ruang pentas demo masakan yang sungguh luas (terima kasih tim MPH Alpha Angle ^O^), beberapa papan tanda serta banner comel yang dibuat berdasarkan tema blog mamafiza.com (terima kasih Cik Zila & tim PTS yang tersohor *bahagian pemasaran*) ๐Ÿ˜‰

Pintu masuk >w<

Kejutan besar buat kami, Alhamdulillah ๐Ÿ˜€
Anak-anak saya amat menyukai banner ini dan kami ingin bawa pulang, boleh? ^-^ Terima kasih pada pereka banner yang sungguh kreatif dalam menggabungkan warna ceria, kami sangat berterima kasih.

Amboi, amboi, amboi! Atas kayangan, oh~

Cuba cari kami? ^_____^

Bagaimanakah rasanya jika komentar bagi sesi demo masakan kali kedua oleh Tim Si Cilik LittleKittle pada tahun 2011 disusuli dengan senyuman ikhlas (dan paling lebar!) serta ucapan terima kasih ikhlas daripada pengunjung dan pelawat yang sudi menjamu hidangan sihat kami dan seraya berkata,

Amatย sedap! Boleh saya tambah lagi?

Kini, bukan hanya jumlah kutipan bintang yang diberikan, malah para penonton sanggup tampil kehadapan dan menyatakan mereka tidak menyangka bahawa menu sihat yang lazat dapat disajikan buat setiap ahli keluarga dalam kos yang paling minima dan dengan cara yang mudah.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar, Amin~

Aduhai, terharu benar rasa hati ini T-T

Ayuh, kita mulakan!

Main masak-masak ya?

Jutaan terima kasih buat ANDA semua ๐Ÿ˜€ Tanpa sokongan tulus anda, tiadalah kami di sini. Moga Tuhan memberikan anugerah yang teristimewa buat kalian: sahabat + teman yang tidak dapat saya tukar ganti. Amin~

Setinggi penghargaan buat tim PTS Millennia yang begitu komited, Cik Zila & anakanda puteri Humaira yang setia lagi banyak membantu famili kami, pihak pengurusan MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sungguh berdedikasi penuh dibawah kelolaan Cik Puan Fiza dan tim beliau.

Tim Si Cilik LittleKittle.com , Mamafiza dan Cik Fiza >_<

Terima kasih buatmu, teman-teman rupawan!!!

p/s: Ribuan maaf buat Cik Puan Chef Hanieliza, Tuan Syed Aiman, Cik nelcyndana & keluarga, Cik Yus & keluarga, Cik Taty, Cik Fathi, Cik Intan, Cik Husna Adnan, tim media: Cik Siti, Cik Affizar, Cik Rina & Cik Lina: kerana entri khas buat kalian masih belum sempat saya siapkan disebabkan begitu sibuk dengan urusan harian serta tugasan luar, Insya-Allah saya akan kemaskini sedikit demi sedikit. Terima kasih banyakย  kerana sering menjadi teman yang amat memahami ๐Ÿ˜€

Buat senarai bonda penyayang: Cik Ummi Fatimah Amani, Cik Basrah dan Cik Zuraihan, yang menghantar email pada saya berkenaan pertanyaan resipi, saya akan balas dalam masa terdekat, Insya-Allah ๐Ÿ˜‰ Mohon nantikan ya. Terima kasih!

! Boleh

Masakan 5 dan 6 Bintang :D

Post by MamaFiza on December 29, 2010 

Lokasi: Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).

Waktu: Dalam lingkungan jam 6 petang.

Bagaimanakah rasanya jika komentar yang diminta oleh Tuan Pengacara berkenaan hasil masakan pertama Tim Si Cilik LittleKittle, kepada pengunjung yang hadir serta anak-anak kecil yang tidak jemu-jemu memandangmu bagai menantikan sesuatu yang ajaib muncul di kedua belah tapak tanganmu, dan setelah menjamuย  hidangan itu mereka semua dengan serentak berkata,

5 bintang! Saya beri 6 bintang!

Di saat itu, seakan terhenti degup jantungmu, hela deru nafasmu, benakmu benar-benar dipenuhi bintangbintang!!!

Aduhai, terpana panahan busar daripada ucap kata-kata mereka.

Apakah yang perlu dilakukan? Adakah dayamu untuk mengaut semua kasih sayang itu? Bagaimanakah caranya mahu kau tatang kepercayaan itu?

Hanya Tuhan. Hanya TUHAN, yang mengetahuinya. Betapa kau sayangi mereka semua . . . Jika, mereka benar-benar mengetahuinya.

Masakan itu, lahir daripada kasih sayang kami, buat kalian, yang baru sahaja diberi peluang oleh Ilahi, untuk kami mengenalimu, di saat itu.

Mari kita berjanji, ikrar setia, akan terus menyebarkan kasih suci ini. Untuk dirimu, ikhlas daripada insan kerdil sepertiku. *tangisan kesyukuran*

Terima kasih teman!!!

Temui Tim Si Cilik di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010

Post by MamaFiza on December 25, 2010 

Laman baru LittleKittle.com ^____^
*jemput singgah bertandang, terima kasih~*

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi disebabkan urusan keluarga dan tugasan kerja, akhirnya buat pertama kalinya Tim Si Cilik LittleKittle.com akan menemui para pembaca di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010 di PWTC pada hari ini: 25hb Disember 2010 ๐Ÿ˜€

Mari bersama saksikan demo masakan bersama si cilik di Dewan Tun Razak 3, di booth PTS (A49-A53) & (A69-A72), bermula daripada jam 5 petang hingga ke jam 6 petang.

Acara berikutnyan (majlis bertemu penulis dan sesi temuramah) bermula pada pukul 6 petang hingga ke pukul 7 malam.

10 hadiah percuma disediakan oleh pihak PTS yang dermawan bagi aktiviti menarik yang akan diadakan sewaktu demo masakan ini.

Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Moga kita dapat bertemu dan bersua muka, rakan dan taulan yang budiman ๐Ÿ˜‰ *sangat teruja!*

Berhati-hati di dalam perjalanan, semoga Tuhan sentiasa memberkati dan merahmatimu teman comel >w< *peluk-peluk*

Next Page →