LittleKittle Seminar


Diari Masakan 009 – Ikan Susu Panggang

Karya MamaFiza pada May 15, 2011 

Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, kita teruskan catatan diari masakan kali ini 😉

Salam sejahtera dan salam mesra buat teman-teman yang dikasihi ^-^ Moga sihat ceria bersama keluarga, Amin~

Hari ini saya ingin kongsi bersama perihal “ikan susu“. Pernahkah bonda jelitawan sekalian cuba memasak hidangan ini?

Tidak dapat disangkal lagi, ikan bersisik lembut ini mempunyai keenakan rasa isinya yang tersendiri: halus, lemak dan manis, malah tidak berbau hanyir.

Namun begitu, ikan ini kurang sesuai untuk dihidangkan kepada si cilik kerana ikan susu mempunyai tulang yang banyak seperti ikan parang dan ikan terubuk.

Jika ingin memberikan anak anda mencuba rasa ikan ini, tolong cubitkan isinya sedikit demi sedikit dan asingkan tulang ikan susu dengan teliti agar tidak tercekik.

 

Tajuk Menu: Ikan Susu Panggang

Ikan susu yang dipanggang dengan daun kunyit~

 

Perlu dibersihkan terlebih dahulu dan diperap selama setengah jam atau semalaman sebelum dipanggang >w<

 

Rumusan:

Alhamdulillah, cara memanggang ikan susu tidak sukar dan saya gunakan minyak zaitun tulen di dalam resipi ini bagi menambah kelazatannya.

 

Cadangan Masakan: Ikan ini juga sesuai untuk  dimasak dengan cara masakan pindang/singgang atau tom yam. Menu mudah serta menyelerakan untuk dijamu bersama nasi panas!

 

Bagaimanakah pula cara kesukaan Cik/Cik Puan/Tuan, untuk memasak hidangan ikan susu? Ayuh, sila kongsikan bersama 😀

Jutaan terima kasih kerana setia meneruskan agenda masakan yang terbaik buat famili anda ^___^

LittleKittle Seminar


Diari Masakan 008 – Sotong Percik, Daging Kambing Percik

Karya MamaFiza pada May 8, 2011 

Bismillahir-Rahmanir-Rahim, salam sayang buat teman-teman anggun yang disegani sekalian >_< *pelukan kegembiraan*

Moga hari minggu kalian dihiasi dengan detik penuh rahmat dan berkat-Nya. Amin~

Oh ya, bersambung kembali dengan entri “Hidangan Masakan Percik” yang lalu 😉

Dua menu lain yang boleh dimasak dengan menggunakan resepi percik yang dipelbagaikan adalah “Sotong Percik” dan “Daging Kambing Percik” (selain versi daging kambing panggang).

 

Tajuk Menu: Sotong Percik

Santapan bersama keluarga~

Masih hangat! Khas dari ketuhar ^___^

 

Tajuk Menu: Daging Kambing Percik

Alhamdulillah~

 

Yummm! >O<

 

Rumusan:

Alhamdulillah, resipi ini senang, cepat dan mudah disediakan khas buat famili tercinta. Tidak pedas dan sesuai untuk si cilik.

 

Cadangan Masakan: Hidangkan bersama sos pencicah seperti sos cendawan, sos lada hitam, sos kicap pedas, sambal cili ataupun sambal belacan. Juadah ringkas yang pasti menggamit selera.

 

Apakah menu hari libur anda sekeluarga?

Semoga hari ini menjadi hari yang bermakna buatmu, teman. Amin~ 😀

LittleKittle Seminar


Rahsia Masakan Lazat

Karya MamaFiza pada May 6, 2011 

Tiada apa yang lebih utama dalam penyediaan makanan untuk keluarga selain daripada iringan doa suci dan niat tulus ikhlas disertai dengan elemen kasih sayang setiap kali memulakan langkah ke ruang dapur.

Kebersihan bahan masakan, peralatan dan ruang memasak perlu diberi perhatian khusus agar tidak ada tragedi keracunan makanan berlaku pada ahli keluarga. Insya-Allah 😉

Antara tip masakan yang ingin dikongsi bersama pada hari ini adalah: bahan perasa masakan (selain garam, gula dan stok ikan/daging/daging kambing/ayam), iaitu rempah ratus dan herba.

Bagi mendapatkan serbuk rempah ratus atau rempah asli, kini bukan lagi menjadi misi mustahil kerana dengan kos yang rendah kita mudah memperolehinya di gedung pasaraya berdekatan (Carrerfour, Cold Storage, Jusco dan Giant).

 

Penambat hati keluarga dan pengerat kasih sayang? *heeee*
(Paling penting: berkhasiat!)

Namun begitu sila berwaspada dan semak label barangan agar tiada bahan MSG tambahan di dalam bungkusan rempah ratus atau herba yang dibeli ^_^

Bahan masakan yang diperap atau dimasak dengan menggunakan rempah ratus yang pelbagai serta campuran herba, pastinya akan menjadi lebih enak dan lazat.

 

Antara sebahagian himpunan rempah ratus dan herba di dapur saya ^-^ *Alhamdulillah*

Jangan lupa untuk berdoa dan menjamu hidangan bersama seisi keluarga setiap hari.

Bersyukur atas nikmat-Nya itu adalah perkara yang perlu didahulukan! 😉

Tidak percaya? Cubalah hari ini >_<

LittleKittle Seminar


Diari Masakan 007 – Ikan Percik, Ayam Percik

Karya MamaFiza pada May 4, 2011 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca blog yang amat disegani *pelukan rindu!*

Moga kalian sentiasa di dalam keadaan ceria dan diberkati-Nya, Amin~ 😉

Jutaan terima kasih buatmu kerana masih sudi membaca blog peribadi saya yang tidak seberapanya ini ^_____^ Harap idea yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama, Insya-Allah.

Bagi meneruskan terbitan automatik di bulan Mei ini, saya akan sambung semula entri berkenaan “Misi Diari Masakan” (yang telah terhenti sejak tahun lalu, oh sedihnya T-T. Koleksi gambar masakan sejak bulan Jun 2010 hingga ke hari ini hanya tersimpan rapi di dalam cakera keras komputer peribadi.), Kreatif & Kosmetik, Fesyen Fiesta, Pesona PTS, Cergas Cerdas dan Memoir Mamafiza, seperti sediakala. Insya-Allah. Semoga urusan ini dipermudahkan oleh-Nya, Amin~ ^O^

Saya mohon ribuan maaf jika sekiranya komentar yang dihantar hanya dapat dibalas di waktu terluang. Saya sangat hargai sokongan tulusmu. Tolong maafkan saya.

Bersama kita mulakan dengan ayat paling istimewa Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Menu: Ikan Percik

Sesuai dinikmati bersama nasi panas dan dicicah bersama sambal belacan~
Amboi, terasa kecur air liur! *sambil mengesat peluh didahi*(walaupun dengan hanya menaip dengan papan kekunci, hohoho)

Mudah, ringkas dan berkhasiat. Yummm! ^_-

Tajuk Menu: Ayam Percik

Hidangan sihat menjadi kemestian buat sajian keluarga, Alhamdulillah~

Selesai tugasan memasak >w<

Rumusan:

Alhamdulillah, ahli keluarga saya amat menggemari apa jua masakan yang dibakar di dalam oven (heeee). Di dalam jadual masakan keluarga saya mempunyai minggu khas untuk “masakan percik”. Ingin tahu, apa lagi jenis bahan masakan mentah yang boleh disediakan untuk “masakan percik”? Sila tunggu kemaskini seterusnya, ya? 😀

Cadangan Masakan: Kali ini saya tidak memanggang ikan atau ayam terlebih dahulu, dan kemudian mencurahkan sedikit demi sedikit kuah percik.

Kaedah yang saya gunakan pada sesi masakan kali ini ialah dengan memerap bahan masakan yang telah digaul dengan sebati selama 30 minit hingga ke 60 minit dan kemudian terus memasukkannya bersama kuah percik ke dalam oven yang telah dipanaskan. Hidangan tidak menjadi kering kerana kuantiti bahan perapan yang saya gunakan adalah lebih banyak daripada biasa untuk mendapatkan tekstur rasa santan serta aroma rempah yang lebih harum.

Bagaimana pula dengan anda?

Adakah dirimu masih gigih mengikuti jadual masakan mingguan untuk keluarga yang telah dirancang?

Semoga Tuhan sentiasa melindungi para pembaca sekalian. Amin~


« Kembali ke laman terdahuluTeruskan membaca . . . »